Latar belakang Pertempuran_Karbala

Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Tetapi dasar-dasar Ali tidak disenangi ramai pihak terutamanya oleh Muawiyah bin Abu Suffian (Muawiyah 1). Ekoran itu terjadi 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.

Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah menjadi khalifah pertama dalam Dinasti Umaiyah.

Selepas itu, Hasan bin Ali mula mengumpul penyokong dan ketenteraan bagi menentang Muawiyah. Hasan setuju berdamai selepas perjanjian dengan Muawiyah, bahawa Hasan akan dilantik sebagai khalifah selepas kematian Muawiyah.

Bagaimanapun Muawiyah cuba menaikkan anaknya Yazid sebagai khalifah seterusnya. Muawiyah mahu semua penyokongnya melantik Yazid selepas kematiannnya.

Sebaik sahaja Muawiyah meninggal dunia, sebahagian sahabat seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair termasuk Hussein bin Ali menolak Yazid sebagai khalifah yang baru.